February 23, 2011

Sekelumit Rasa Hati

Duduk termenung sambil tengok jam, tiba-tiba terlintas nak usha-usha blog yang dah lama tak hidup, terasa tangan gatal-gatal je nak post entry. Anyway aku da hampir 3bulan berlatihan industri, tiba-tiba rasa macam sedih lak nak tinggal company, why? sebab nanti tak ley da makan sorang-sorang time rehat, sapu office pagi-pagi, lap-lap meja, lap pintu cermin..naik motor sorang-sorang sambil nyanyi..semua la..mesti aku rindu semua itu, tapi apakan daya aku terpaksa mencari rezeki di tempat lain yang lebih bersesuaian maybe.

Hampir 3bulan gak aku menjalani kehidupan di rumah sewa ,perasaan tu ta ley nak gambarkan, kadang-kadang happy, kadang-kadang sunyi, macam-macam rasa, sebab walapun nama jer rumah sewa, aku tetap sorang-sorang gak, sekali lagi asyik bersorangan, maybe hidup aku memang sorang-sorang kot, haish..mintak jauh la. Surat apply kerja semua da hantar, harap-harap ada rezeki kat mana-mana, insyaAllah.

Sekelumit rasa dalam hati masih terpendam, nak di luah tak ada tempat luahan, hanya boleh simpan lama-lama dalam hati je, hai berjiwa betol aku nie. Kadang-kadang rasa macam tak tahu nak mintak pendapat hidup dengan sapa, bukan semua orang akan faham aku nie macam mana, kalau setakat kenal aku 1,2 bulan memang tak ley nak jangka aku macam mana. Perangai pelik sangat kot. Hati pulak kadang-kadang nak memberontak jer, jiwa remaja konon, darah panas, tapi serius pantang orang tegur mesti nak melenting, bila fikir balik, tak matang nya aku..huhuk. Padahal orang tegur untuk kebaikan,yuni sedar lah diri umur baru setahun jagung, hidup kat luar penuh ranjau berduri lagi, termenung lagi fikirkan masa depan lak. Ada jodohkan aku dengan dia selama nie berkasih sayang, tapi tak adalah jumpa tiap-tiap minggu, even rumah tak lah jauh sangat, tapi nak jumpa bukan main susah. Bercinta jarak jauh katakan. Call pun kadang-kadang jer, msg lak time macam da tak tahu nak wat apa baru msg, nasib la sapa yang berkasih dengan aku, hehe,

Sekelumit rasa lagi, sekarang belajar menerima kelemahan orang lain, sambil belajar terima kelemahan diri sendiri gak. jangan cepat nak melenting je yuni, jangan baran yuni, aku kena sedar, mulut kena beli insurans yang lebih mahal, even da degree dalam insurans, mulut pun tak ley nak jaga. Satu lagi tak nak ambik kata-kata orang sebagai penyebab aku down, ingt yuni jgn DOWN! sebab kata-kata orang, tapi jadikan kata-kata mereka sebagai satu pembakar semangat, tiba-tiba cam terasa semangat lebih...:-). Bak kata pa tersayang "yun, jgn biar kita dipengaruhi dengan orang lain, sebab kita tak kan maju sampai bila-bila". Kadang-kadang rasa macam bapak aku nie tak ada perasaan jer, sebab even orang kata dia bodoh pun, dia hanya akan balas, nanti satu hari ko yang bodoh, tapi aku? tak adanya, kalau orang kata aku, aku balas balik dengan kata-kata yang lebih kaw, tak matang nya aku..huhuk..

akhirnya sampai sini saja luahan hati aku, kat blog je ley luah, tiba-tiba sedey, SEPI nya.....

P/S : tiba-tiba rindu kat mereka-mereka yang ley buat saya tak sunyi..

3 comments: