February 26, 2011

Sahabat disisi

Adakalanya kita perlu berkorban dalam sesetengah perkara, masih berlegar-legar lagi fikiran ku mendalami erti kata ayat tersebut. Cuaca di kampung halaman yang agak suram membuat ku terasa seperti tenang untuk berblog seketika, haish, ayat macam dalam novel pula rasanya, hehe. Sahabat disisi, sampai bila sahabat aku yang selama ini bersusah payah dengan aku akan bersama aku? persoalan yang tak dapat di jawab oleh sesiapa pun. Sahabat memang satu perkataan yang mudah , tapi mempunyai maksud tersirat yang amat dalam.

Aku mempunyai agak ramai sahabat yang bermula dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, dan akhirnya sahabat di UKM. Masing-masing mempunyai personaliti yang berbeda. Sayang nya aku pada sahabat tak dapat digambarkan, namun bagi aku sahabat tak akan berada disisi aku buat selamanya, mereka mempunyai tanggungjawab lain juga, bukannya 24 jam nak bersama aku, hehe.

Disini aku ingin berkongsi dengan semua kisah sahabat-sahabat yang memang akan berada disisi aku selama ini. Ketika aku sedih mereka la insan kedua yang akan disisi aku, insan pertama mesti la keluarga aku. Teman lelaki pula mungkin insan ketiga yang akan disisi aku, hehe. Ketika aku mempunyai masalah, mereka la yang akan cuba memberi pendapat. Ketika aku gembira pun mereka juga lah yang akan aku cari, siapa mereka, biar lah nama mereka hanya tersemat dalam hati aku. Tapi sekarang bukan mudah hendak berjumpa dengan sahabat-sahabat aku, mereka semua sibuk dengan kerjaya masing-masing. Aku pula meneruskan hidup aku jauh di kampung halaman, hanya FB dan handphone la tempat untuk aku berhubung dengan mereka.

Sedang duduk termenung mencari idea nak coret dalam blog aku, tiba-tiba teringat kisah lalu, tergelak aku sendiri, hehe. Kisah nya bermula apabila seorang sahabat aku mengajak aku untuk keluar makan malam, ketika itu aku masih berada di bumi U tercinta aku, perjalanan kami pada malam tersebut berjalan seperti biasa, tiba-tiba berlaku perkara yang tidak diingini, seakan-akan kami akan mengalami accident, dengan pantas dia memegang tangan aku, terkesima aku, dia pun sekali terkesima. Kami memandang antara satu sama lain, haish. Perasaan ketika itu memang tidak boleh digambarkan. Kami meneruskan perjalanan sehingga ke stesen minyak, sampai di stesen minyak masing-masing tersenyum, hai malunya.

Sampai di restoran, masing-masing berlakon seperti tiada apa-apa berlaku. Akhirnya topik hangat perbualan kami adalah kejadian yang berlaku pada malam tersebut. hehe. Bila teringat kisah tersebut, aku seakan-akan buntu, mengapa sahabat aku bertindak demikian, mungkin sayangnya dia kepada aku. Tapi jauh disudut hati aku, dia lah sahabat yang memang selama ini aku cari, sedih, happy, sunyi, dialah teman aku. Kadang-kadang sesetengah perkara yang aku alami aku akan kongsi dengan dia, mengapa dia? aku mempunyai sebab mengapa aku pilih dia sebagai sahabat disisi aku. Memang aku sayang mu...

Berakhirnya cerita pertama aku dengan sahabat aku, hai tetiba macam rindu pula dengan sahabat-sahabat aku semua. Kalau dulu boleh jalan-jalan bersama, kalau salah seorang sahabat aku sedih tempat pertama yang kami akan tuju adalah Putra Jaya, lepak-lepak sambil borak-borak, sampai pagi. Rindu nya, tapi sampai bila mereka akan disis aku? terfikir lagi sejenak. Kalau aku berada di U dulu, ada juga sahabat aku yang duduk di U lain, terletak di negeri lain, sanggup datang jenguk aku dengan hanya membonceng motorsikal nya, terharu nya, dialah juga tempat aku mengadu, hari-hari andai aku on9 di FB dia jualah insan pertama yang akan aku tegur di chat box, andai aku sunyi dialah pembekal lagu. Dia jua lah sahabat yang boleh buat aku tergelak kaw-kaw punya, hehe. Mesti mu bangga kalau mu baca blog aku kan. Satu perkara lagi dia jualah sahabat yang boleh bagi aku pendapat yang aku boleh terima pakai. terima kasih wei..sayang mu..hehe.

Sayang nya aku pada sahabat. Mereka tetap dihati. Tanpa mereka tak tahu la mana tempat aku nak mengadu. Rindu nya pada korang. InsyaAllah panjang umur kita jumpa..

p/s : Pada seseorang sahabat aku, abis baca entry ni jangan lupa tegur aku kat FB, hehe,

Mereka la sahabat aku dunia & akhirat..

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget