August 22, 2013

Dia di hatiku


Mie : Yun, doa tak untuk kawan baik awak, fizah, dia tengah sakit sekarang
Aku : Doa sokmo mie..

Doa pertama aku masa aku mengerjakan umnrah, mula-mula keliling kaabah (tawaf) aku doa ;

 Ya Allah, Kau sembuhkanlah sahabat aku Nurhafizah binti Abd Hamid, Ya Allah.

Tiba-tiba Along call dari Malaysia, Mie jawab call sambil menangis, aku tak senang duduk,

Mie : yun, fizah dah meninggal pukul 6 lebih tadi (20/5/2013)
Aku : Ya Allah, macam tak caya

Aku terus call sue, dengar je suara sue aku mulai sebak dan menangis. Sungguh cepat dia meninggalkan aku.

Selepas menerima berita tersebut, hidup aku berubah, tiap saat, tiap masa fikiran aku sentiasa terkenangkan arwah, arwah adalah salah seorang sahabat yang memang rapat dengan aku sejak akhir-akhir ini. Permasalahan aku dia lah orang pertama yang akan tahu, arwah agak mengenali setiap latar belakang adik-beradik aku.

Arwah seorang yang agak pendiam pada luaran, hakikat nya dia seorang yang sangat tabah, sentiasa berfikiran positif walaupun masalah sebesar mana pun. Sentiasa berkorban demi kebahagian orang lain agak related dengan aku yang akan berkorban demi orang yang aku sayang walaupun hakikatnya sangat pahit untuk di telan.

Kami sentiasa lepak di tepi pantai, dan berkongsi masalah. Ketawa bersama, menangis pun bersama.
Boleh katakan setiap rahsia aku hanya ada pada arwah.

Genap 3 bulan (20/5/2013 - 20/8/2013) arwah meninggalkan kami semua, tapi kenangan arwah dengan aku akan sentiasa aku kenang sampai bila-bila.

Sekarang hidup aku berubah, dulu bila aku ada masalah akan ada orang yang akan sentiasa mendengar malahan akan memberi nasihat yang positif, sekarang? aku terkapai-kapai seorang diri, aku rasa terlalu sunyi. Hanya bacaan yasin untuk arwah pengubat rindu aku padanya.

Ingat, Allah sentiasa bersama hambanya. Bersangka baik dengan ketentuan Allah. Segalanya datang dari Allah.

Fizah, yuni akan merindui setiap detik dengan fizah, ingat tak kat asrama kita tido sambil pegang tangan sebab takut dengan kejadian kecurian di aspuri. Ya Allah...Yuni doakan kita akan berjumpa di Syurga suatu hari nanti. Insha Allah.


Gambar terakhir aku dengan arwah, kami mengundi bersama buat kali pertama (5/5/2013) - 15 hari sebelum arwah pergi meninggalkan aku.
 
Lagu kegemaran arwah Nurhafizah :


Kami akan sentiasa merindu fizah,

ain,shidah,wan sue,sue,wena,yuni

August 13, 2013

Lambaian Kaabah

Assalamualaikum, Salam Syawal, pejam celik dah bulan Ogos, banyaknya entry aku yang dah tertangguh. Nampak gaya kena rajin update blog lah lepas nie.

Bulan Mei 2013 adalah bulan yang memang aku takkan lupa sampai bila-bila. Mana taknya 5/5/2013 tarikh PRU, 14/5/2013 aku menunaikan umrah wajib, 20/5/2013 Sahabat aku meninggal. Macam mana nak lupa bulan ini kalau dah terlalu banyak kenangan.

Tepat 14/5/2013 aku berangkat ke tanah suci makkah membawa beribu perasaan yang memang tak boleh aku gambarkan masa aku dapat berita yang kami sekeluarga akan pergi menunaikan umrah, lemah lutut first dengar berita ini. Kami sampai di Madinah area jam 10.30 malam, settle semuanya di airport area 1-2 pagi, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, kami ke Hotel yang bakal kami menginap dengan menaiki bas mengambil masa dalam sejam jugak lah, Ustaz pembimbing kami adalah Ustaz Mohd Nizam Kamaruzaman, dan di bantu dengan ustaz2x Rayhar Travels yang lain.

Setibanya kami di sempadan tanah haram Madinah, suasana di dalam bas sunyi, tiada kata, hanya air mata aku menjadi teman. Tak sangka akhirnya sampai jua aku ke tempat yang paling suci. Kami sampai di Hotel Al- Medina kira-kira jam 3 pagi. 15/5/2013 - 16/05/2013 kami menetap di Madinah Munawwarah, Kami di bawa oleh murshid menziarahi pelbagai tempat termasuk Maqam Nabi Muhammad S.A.W. Saat aku menjejak kan kaki ke raudah jiwa aku kosong, tangan aku mengeletar Ya ALLAH, sebak di dada tatkala memberi salam dan memberitahu kekasih Allah, aku datang menziarahinya, aku rindu Ya Rasulullah. Puluhan manusia berpusu-pusu menuju ke Raudah iaitu salah satu tempat yang akan di angkat di dalam syurga kelak. Kemudian kami di bawa menziarahi Masjid Quba', Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Medan peperangan Khandaq, dan Ladang Kurma. Ziarah ini di bimbing oleh Ustaz Hadi, merupakan ustaz berasal dari Indonesia, Ustaz Hadi akan menceritakan kisah di sebalik tempat yang diziarahi oleh kami secara terperinci, hanya linangan air mata yang akan sentiasa mengiringi kisah yang diceritakan. Sebelum bergerak ke Makkah, kami menziarahi Maqam Rasulullah dan mengucap selamat tinggal, Insha Allah ini bukan ziarah yang terakhir andai nyawa di kandung badan.

Pada 17/05/2013, kami telah berangkat ke Makkah Mukarammah. Perjalanan sungguh sayu. Kami berihram di Miqat Bir Ali iaitu 15 Km ke Makkah, perjalanan mengambil masa 8 jam, jangkaan sampai ke Makkah tepat jam 11.00 malam. Tatkala memasuki tanah haram Makkah, kami bertalbiyyah beramai-ramai, air mata aku semakin laju membasahi pipi, akhirnya aku sampai ke Tanah Haram mu Ya Allah. Kami terus ke hotel penginapan, hotel yang aku duduki hanya 100 meter jarak nya dengan dataran masjidil haram. Selesai segalanya, kami terus melakukan umrah wajib. Aku sekeluarga menunaikan umrah bersama-sama, diketuai oleh ayah aku sendiri. Saat melangkah masuk ke dataran masjidil haram tangan aku terketar2x. akhirnya Kaabah betul-betul berada di hadapan ku, jiwaku rasa kosong, melayang, segalanya. Indahnya kebesaranMu Ya Allah, aku hamba yang jahil namun Kau terima kehadiran ku ke tempat yang paling suci. sobs, sobs.

Aktiviti harian aku di sana hanya di Masjidil haram.Insha Allah panjang umur rezeki murah, aku akan menunaikan umrah yang kedua bersama yang halal. Insha Allah.

 p/s: sambungan seterusnya pada entry yang akan datang.



May 6, 2013

Jahilnya aku

Hayati & renungi petikan video ini. Hanya hati boleh menggambarkan apa yang di rasai.




p/s : Allah sentiasa menerima taubat hambanya. Jom bersama-sama mencari keredhaan Allah..

Perubahan

PRU13 baru saja melabuhkan tirainya, seperti biasa adat bertanding akan ada yang kalah dan menang. Keputusan telah termaktub BN masih lagi mendapat mandat memerintah Malaysia. Namun Dun Paka dan Parlimen Dungun kawasan aku Pas menang, Alhamdulillah. Pengubat kesedihan.

Aku? masih lagi ayuni yang dulu, insan kerdil yang masih lagi meneruskan perubahan ke arah yang lebih baik. Berusaha menjadi insan yang sentiasa akan mencari redha Allah dunia & akhirat. Aku, akan istiqamah dalam meneruskan perjuangan menegakkan Islam.

Insha Allah, suatu hari nanti Islam akan menang. Insha Allah. Kepada yang menang teruskan memerintah semoga pemerintahan ini berlandaskan islam.. Insha Allah.

P/S : Bila tengok muka ulama meleleh air mata, siapakah anak muda yang bakal meneruskan perjuangan mereka sehingga akhir hayat.