August 13, 2013

Lambaian Kaabah

Assalamualaikum, Salam Syawal, pejam celik dah bulan Ogos, banyaknya entry aku yang dah tertangguh. Nampak gaya kena rajin update blog lah lepas nie.

Bulan Mei 2013 adalah bulan yang memang aku takkan lupa sampai bila-bila. Mana taknya 5/5/2013 tarikh PRU, 14/5/2013 aku menunaikan umrah wajib, 20/5/2013 Sahabat aku meninggal. Macam mana nak lupa bulan ini kalau dah terlalu banyak kenangan.

Tepat 14/5/2013 aku berangkat ke tanah suci makkah membawa beribu perasaan yang memang tak boleh aku gambarkan masa aku dapat berita yang kami sekeluarga akan pergi menunaikan umrah, lemah lutut first dengar berita ini. Kami sampai di Madinah area jam 10.30 malam, settle semuanya di airport area 1-2 pagi, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, kami ke Hotel yang bakal kami menginap dengan menaiki bas mengambil masa dalam sejam jugak lah, Ustaz pembimbing kami adalah Ustaz Mohd Nizam Kamaruzaman, dan di bantu dengan ustaz2x Rayhar Travels yang lain.

Setibanya kami di sempadan tanah haram Madinah, suasana di dalam bas sunyi, tiada kata, hanya air mata aku menjadi teman. Tak sangka akhirnya sampai jua aku ke tempat yang paling suci. Kami sampai di Hotel Al- Medina kira-kira jam 3 pagi. 15/5/2013 - 16/05/2013 kami menetap di Madinah Munawwarah, Kami di bawa oleh murshid menziarahi pelbagai tempat termasuk Maqam Nabi Muhammad S.A.W. Saat aku menjejak kan kaki ke raudah jiwa aku kosong, tangan aku mengeletar Ya ALLAH, sebak di dada tatkala memberi salam dan memberitahu kekasih Allah, aku datang menziarahinya, aku rindu Ya Rasulullah. Puluhan manusia berpusu-pusu menuju ke Raudah iaitu salah satu tempat yang akan di angkat di dalam syurga kelak. Kemudian kami di bawa menziarahi Masjid Quba', Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Medan peperangan Khandaq, dan Ladang Kurma. Ziarah ini di bimbing oleh Ustaz Hadi, merupakan ustaz berasal dari Indonesia, Ustaz Hadi akan menceritakan kisah di sebalik tempat yang diziarahi oleh kami secara terperinci, hanya linangan air mata yang akan sentiasa mengiringi kisah yang diceritakan. Sebelum bergerak ke Makkah, kami menziarahi Maqam Rasulullah dan mengucap selamat tinggal, Insha Allah ini bukan ziarah yang terakhir andai nyawa di kandung badan.

Pada 17/05/2013, kami telah berangkat ke Makkah Mukarammah. Perjalanan sungguh sayu. Kami berihram di Miqat Bir Ali iaitu 15 Km ke Makkah, perjalanan mengambil masa 8 jam, jangkaan sampai ke Makkah tepat jam 11.00 malam. Tatkala memasuki tanah haram Makkah, kami bertalbiyyah beramai-ramai, air mata aku semakin laju membasahi pipi, akhirnya aku sampai ke Tanah Haram mu Ya Allah. Kami terus ke hotel penginapan, hotel yang aku duduki hanya 100 meter jarak nya dengan dataran masjidil haram. Selesai segalanya, kami terus melakukan umrah wajib. Aku sekeluarga menunaikan umrah bersama-sama, diketuai oleh ayah aku sendiri. Saat melangkah masuk ke dataran masjidil haram tangan aku terketar2x. akhirnya Kaabah betul-betul berada di hadapan ku, jiwaku rasa kosong, melayang, segalanya. Indahnya kebesaranMu Ya Allah, aku hamba yang jahil namun Kau terima kehadiran ku ke tempat yang paling suci. sobs, sobs.

Aktiviti harian aku di sana hanya di Masjidil haram.Insha Allah panjang umur rezeki murah, aku akan menunaikan umrah yang kedua bersama yang halal. Insha Allah.

 p/s: sambungan seterusnya pada entry yang akan datang.



No comments:

Post a Comment