January 26, 2012

Rezeki Allah tiada bandingan

Kekuasaan Allah tidak terbatas dan tidak ada yang mampu menandingi-Nya. Tanggal 23/1/2012 mie ku berangkat ke KL kerana ada urusan di sana.Maka kami sekeluarga terpaksa mengisi perut dengan makanan dari kedai. Aku membuat keputusan untuk membeli nasi kukus di Paka, selepas mengambil order dengan semua orang, hasilnya 7 bungkus nasi akan di beli, untuk Abg Ngah, Ed, E, Aku + Ajim, Abg Long & Pa. Ed ditugaskan untuk membeli nasi.

Sejenak kemudian, "eh, ada lagi sorang lah tertinggal, Abg Chik, aduh..camne ni.." aku bergegas menelefon Ed. Handphone Ed pula tertinggal di rumah. Akhirnya, aku redha. Setibanya Ed di rumah, aku terus memberitahu bahawa nasi yang dibeli tidak cukup. Kami mengambil keputusan untuk kongsi nasi tersebut 3 orang, aku, Ed & Ajim. Kebetulan pa & ajim ke masjid untuk berjemaah. Aku consider untuk memberi 1 bungkus nasi untuk abg chik. Ikutkan perut memang dah bermacam bunyi kedengaran. Aku hanya berfikir, takpelah bagi yang lain kenyang, aku makan telur goreng pun jadilah. 

Tepat jam 9 malam, Ajim bergegas ke bilik ku dengan comot, katanya rezeki rumah Allah. Aku masih lagi tidak faham, turun ke dapur aku tengok di atas meja penuh dengan bungkusan bihun beserta dengan bungkusan air teh. Datang dari mana agaknya. Rupa-rupanya di masjid ada majlis tahlil. Aku terkesima. Ya Allah, besarnya kekuasaan Nya. Aku terus tersenyum. Kami makan bersama-sama di meja makan, aku terus menceritakan hal tersebut kepada pa. Pa hanya tersenyum. 

Kekuasaan Allah tiada bandingan, apa yang kita korbankan untuk orang lain, InsyaAllah satu masa nanti kita akan mendapat balasan yang baik. Bersyukur dengan segala pemberianNya. Moga iman ku di dalam dada teguh buat selamanya. InsyaAllah..

p/s : Indahnya ciptaan Allah...

No comments:

Post a Comment