January 21, 2012

Keberkatan ibu bapa...

 Sedang duk mengelamun kadang-kadang terfikir ketentuan Allah adalah terbaik. Aku asyik duk fikir yang ada depan mata. tak pernah fikir yang pada masa hadapan. Detik 1/1/2012 mengubah segalanya, aku,pa,mie & ajim(adik bongsuku yang tembam) ke Kelantan untuk menghadiri satu kenduri kahwin, dalam perjalanan ke sana maka bermulalah isu perbincangan tentang training part 2 aku under GEMS untuk 6 bulan. Aku mendapat placement di  area Sri Hartamas.Tempat yang agak tinggi taraf hidupnya. Dalam perbincangan tersebut barulah aku sedar bahawa pemergianku ke sana tidak mendapat pelepasan sepenuhnya dari pa ku. Aku tidak sangka kerana selama ini pa tidak pernah bersuara, maka bermulalah bencana banjir besar, aku merasakan tiada siapa yang sokong dengan keputusan ku untuk ke sana, tarikh bermulanya training tersebut adalah 3/1/2012. Aku masih buntu keseorangan. Setibanya di tempat kenduri perbincangan kami dihentikan tanpa ada kata putus. Sepanjang di rumah kenduri aku tidak mengeluarkan sepatah kata, hanya lemparan senyuman yang agak hambar terukir di bibirku. Perasaanku bergolak, fikiranku melayang andai kata aku withdraw  apa akan terjadi, andai kata aku teruskan apa akan terjadi. Ada logik nya reason yang diberi parent ku, masalah pengangkutan, masalah tempat tinggal, keselamatan, semua aspek diaorang kaji.Tapi aku hanya nampak kenapa mereka tak pernah memahami apa yang aku inginkan, aku hanya ingin cuba hidup berdikari. Sepanjang perjalanan pulang tiada sepatah perkataan pun keluar di antara semua pihak. Aku hanya melayankan perasaan ku yang kadang-kadang agak kuat memberontak. Esok penentuan segalanya. Tidurku agak terganggu sepanjang malam. Tanggal 2/1/2012 aku dengan agak keberatan membuat keputusan untuk withdraw daripada training tersebut. Aku redha. Aku cuba untuk berfikiran positif, walhal jauh di sudut hatiku timbul rasa sedih dengan tindakan parent ku yang agak last minute bersuara untuk tidak membenarkan aku meneruskan training tersebut. Aku mendapat arahan untuk masuk kerja pada keesokan harinya di company pa ku sendiri, aku terima dengan hati terbuka, mungkin ini adalah keputusan yang termanis dan terpahit yang pernah aku buat. Tanggal 3/1/2012 bermulalah kisah hidupku digelar staff Ibrahim Rashid Engineering Sdn Bhd. Sehingga kini aku tak pernah menyesal dengan keputusan yang aku buat. Apa yang terjadi adalah suratan takdir. Kita hanya mampu merancang yang menentukan segalanya adalah Allah, perancangan Allah adalah yang terbaik. Aku happy dan aku bersyukur kerana aku membuat keputusan yang betol. Allah dah tetapkan aku untuk berada berdekatan dengan keluargaku.Andai aku membuat keputusan untuk meneruskan training tersebut apakah aku akan happy seperti sekarang? Segala jawapannya hanya Allah yang tahu..


My pa & my mie
p/s : berkat ibu bapa dalam setiap perkara adalah penting, patuhi segala permintaan mereka, InsyaAllah hidup akan diberkati...i love my pa & mie forever.

No comments:

Post a Comment