March 3, 2011

Dia Jejaka Aku

Apa itu cinta? apa itu kasih? apa itu rindu? bukan mudah mentafsir semua ini. Kadang-kadang terfikir macam membazir je bercinta, berkasih berindu pada manusia. Bercinta bagai nak rak, akhirnya putus ditengah jalan. Hai fikiran kenapalah terfikir perkara ini. Aku pun dah terjebak dengan dunia cinta-cinta ini semenjak akhir-akhir zaman sekolah menengah dulu. Tapi tiada yang kekal. Sekarang pun masih lagi terjebak, InsyaAllah ada jodoh aku dengan dia, kami akan hidup sebumbung, tapi ada jodohkah aku? hanya Allah yang tahu, aku hanya mampu merancang. Nak suruh aku cerita macam mana terjebak? tak payah la, sebab ramai sangat, hehe.

Anyway, yang first love punyalah masa aku kat matrikulasi. Nama? tak payah tahulah, orangnya sederhana, semua sederhana, cara jalan sederhana, cara bercakap sederhana, semua boleh dikategorikan sederhanalah.Umur? mestilah sama dengan aku je. Zaman matrik memang tak sempat sangat nak bercinta-cinta, kelas dari pagi sampai petang, petang keluar riadah, malam stay kat library. Berhubung dengan dia pun bila weekend je, hari-hari biasa pun berhubung, tapi bila masa free jela. Berkasih sampai setahun juga, tapi dating 3 kali je dalam temph setahun, hebatkan.Tapi apakan daya, akhirnya putus ditengah jalan tanpa memberi lampu isyarat, dia berubah sekelip mata, aku tahu dia ada sebab dia tersendiri. Takpelah sekarang aku dan dia dengan haluan masing-masing, saya harap awak happy selalu & cepat cari pengganti. Dengar cerita lepas kitaorang dah tak ada apa-apa, dia still single sampai sekarang.

Bersedih aku buat seketika, Allah maha mengetahui segalanya, lepas hidup aku kembali single. Akhirnya datang seorang jejaka, jejaka? hehe yang mampu mengubat duka lara aku. Siapa yang tak sedih bila satu perhubungan terputus tanpa ada sebab yang kukuh dan secara tiba-tiba. Si jejaka ini pula, pada mulanya hanya menganggu aku, tapi kehadirannya memang tepat pada masanya. Aku yang dalam kesedihan memang berada dalam keadaan yang kurang waras, kenal melalui msg hanya dua minggu, aku dah boleh ajak jejaka ini menjadi pasangan aku. Motif? aku buntu pada masa itu. Hanya dengan melihat sekeping gambar, aku dah boleh ajak dia berkasihan. Gila apa aku ni?. Sebenarnya, pada waktu tersebut aku sangat sunyi, perkara in berlaku pada masa aku baru je menghabiskan pelajaran di matrikulasi, cuti 3 bulan sebelum dapat tawaran mana-mana. Sunyi! tu yang aku boleh ajak dia menjadi pasangan aku. Terima ke dia? pada mulanya, dia membalas hanya berminat nak jadi kawan. Argh..aku tak ada perasaan pada masa itu. Seminggu kemudian, dia msg aku bagitahu, sudi jadi pasangan aku, cepat berubah hati rupanya. hehe

Perhubungan kami hanya sekadar di dalam handphone, muka pun tak berapa nak kenal, boleh pula aku berkasih sayang, tapi pada masa tersebut kitaorang adakan satu perjanjian, aku memang pada masa tersebut langsung tak ada satu perasaan pun dengan dia. Lagilah nak bersayang, Cinta? semestinya memang tak ada secalit pun. Aku membuat satu perjanjian, kalau dia boleh membuat aku jatuh cinta dengan dia, aku akan sayang dia sepenuh hati aku. Bolehah dia, dia sanggup terima aku dan dia tahu aku memang langsung tak ada perasaan pun kat dia. Si jejaka ini memang pantang di cabar. Dah kenal hati budi dalam handphone, boleh ke? aku dan dia mengambil keputusan nak bersua muka, kami berjanji bersua muka di satu tempat di kenali 'medan', hanya mereka yang tinggal di kawasan dungun mengenali tempat ini. hehe. Sebelum itu, aku dan adik ku singgah sebentar di KFC, pada masa sama tersebut dia msg aku bahawa, dia berada dihadapan KFC, haish.Aku cuba mengintai jauh luar dari bangunan tersebut, kelihatan sekumpulan remaja-remaja yang bising-bising dengan motor masing-masing, mat rempit ke jejaka tersebut. Perasaan berdebar-debar mula timbul. Aku pun bertanya yang mana satu dia dalam kumpulan tersebut. Ketawa terbahak-bahak dia, salah orang rupanya. Jejaka tersebut berada di seberang jalan hadapan bangunan KFC tersebut. Aku memang jenis tak sabar. Dipendekkan cerita, kami bersua muka di medan, rupa boleh tahan, cara jalan boleh tahan, style boleh tahan, rambut boleh tahan, cara cakap boleh tahan, hai jatuh cintakah aku? belum lagi. Tapi bagi aku jejaka ini memang menepati ciri-ciri lelaki idaman aku. hehe.Sebenarnya aku bersua muka dengan jejaka tersebut atas sebab  3 hari selepas itu aku menyambung pelajaran ke UKM, macam jauh je, padahal kat Bangi je.

Sekarang, jatuh cintakah aku? semestinya, siapa lah tak sayang insan yang datang pada masa kita perlukan seseorang. Boleh dengar aku cerita pasal Ex aku, luah rasa rindu kat Ex aku. Semua dia terima, dia wat aku jatuh cinta dengan dia, Tapi aku berjanji dengan dia, sekiranya aku sudah boleh menerima dia, aku akan tempatkan dia dalam hati aku. Siapa sangka pengenalan yang macam ini pun ada. Jejaka tersebut menerima aku seadanya, yang memang kadang-kadang sukar di ramal perangai aku. Dating? still macam dulu. Jarang-jarang jumpa. Sebulan 2 kali paling kerap, kadang-kadang 2 bulan sekali. Dah terbiasa macam itu, nak wat macam mana. Nasiblah dia pun jenis yang macam aku, tak berapa gemar bersua muka tiap-tiap minggu. Even sekarang aku praktikal di kemaman, weekend balik paka, dia di dungun, still susah nak jumpa.

Apa pun, aku ucapkan terima kasih kat jejaka tersebut, sebab hadir dalam hidup aku pada masa aku perlukan seseorang, sanggup melayan karenah aku yang kuat mengungkit, kuat merajuk, kuat menangis, kuat marah, suka menggedik n banyak lagi, Terima kasih juga kerana sudi menjadi tempat luahan rasa aku sampai sekarang. Semoga hubungan kita yang hampir 3 tahun kekal ke akhir hayat, insyaAllah. Kalau dah jodoh tak akan kemana. Apa ?nak tahu nama, boleh saje. Nama jejaka ku Afandi bin Azman..Aku lampirkan di sini wajah jejaka ku sayang....

                                        

                                          

                                                 
 p/s : I Love You Always....















2 comments:

  1. sweet sangat 2 ..

    ap pown lia hrap yong akn trus kkal ngan dye smpai akhir hyat ..

    ReplyDelete