April 22, 2013

Perancangan Allah yang terbaik

Percaya tak dalam hidup aku, aku dah rancang kehidupan aku. Tapi apa yang kita rancang semuanya Allah yang tentukan. Aku dah ada apa yang nak di capai semenjak aku berumur 12 tahun. Apa yang aku nak aku akan capai itu prinsip hidup aku. Insha Allah atas izin Nya.

After je Upsr aku dah set dalam mine aku, aku nak masuk sekolah mana..tak adalah kata tercapai sebabnya aku pergi juga exam MRSM, tak lepas, hehe.. Then, aku sambung belajar kat sekolah agama, belajar bahasa arab, bahasa syurga. Then after Pmr aku mula set target untuk sambung di matrikulasi, sebab nak jimat masa untuk dapatkan degree holder. Even tak adalah dapat sokongan daripada mana-mana pihak samaada sahabat-sahabat or cikgu-cikgu, aku teruskan niat aku untuk masuk matrikulasi. Alhamdulillah tercapai hasrat ku.

Setahun di matrikulasi aku set up untuk sambung degree di universiti. Mula lah pening untuk sambung course apa, tanpa bantuan sesiapa pun aku mula mengisi course yang hanya related dengan apa yang aku belajar di matrikulasi. Nasihat aku, lebih baik dapatkan maklumat course pada mereka yang lebih tahu sebab nanti salah pilih course bahana nanti. Aku berjaya habiskan degree aku di sebuah universiti di Malaysia, hehe. Tiga tahun belajar di universiti macam-macam kenangan dan pelajaran aku dapat. Alhamdulillah semuanya manis semua.

Bila dah habis belajar mula mengatur hidup untuk bekerjaya, pergi ceruk mana interview semua tak lepas. Exam untuk Spa aku dah ambik 5 kali still tak lepas, mungkin tak ada rezeki. Aku dapat offer di Damansara, after aku join Gems, aku tolak atas sebab tertentu. Sedih memang sedih. Tapi aku take it sepositif mungkin, aku isi Dpli, alhamdulillah lepas Mset dan aku di interview cuba sebaik mungkin, tapi masih tak ada rezeki. Aku boleh buat rayuan , tapi aku tak buat atas sebab tertentu. Demi kebahagiaan semua orang aku tolak semuanya. Mungkin Allah dah rancang sesuatu yang baik untuk terus berkhidmat untuk keluarga aku sendiri. Insha Allah.

Aku dah rancang hidup aku untuk tamatkan zaman bujang bila aku berumur 25, sedih. Jodoh aku mungkin tak sampai lagi, sekarang aku dah 24 tahun, ada masa setahun untuk aku capai target aku, mungkin memang tak dapat capai. Aku redha. Hope apa yang aku korbankan selama ini ade kebahagiaannya, apa yang berlaku semuanya memang dah tercatat. Semuanya datang dari Allah. Sahabat aku pernah pesan jangan terlalu fikirkan untuk orang lain, apa yang boleh aku jawab aku rela derita, rela terluka demi orang sekeliling aku bahagia.

Senyum seboleh mungkin, walau hati terluka sedalam mana, kerana kesedihan, kegembiraan semuanya datang dari Allah. Akhirnya kita akan kembali kepada Nya jua, bersangka baik dengan segala yang Allah tentukan, Insha Allah kita akan bahagia dunia & akhirat.

Hadiah birthday dari Mie, dia tahu sebenarnya aku ni macam mana.Naluri seorang ibu.


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget